LATIHAN AMALI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan

LATIHAN AMALI WAJIB SIDANG AKADEMIK 2000/2001

___________________________________________________________________

MAKLUMAT TERKINI (PENTING)

Pemberitahuan

PELAJAR TAHUN 2 DAN SARJANA:

ANDA PERLU MULA MENDAPATKAN TEMPAT UNTUK MEMBUAT LATIHAN AMALI SENDIRI PADA MASA CUTI ANTARA SEMESTER INI UNTUK MENGELAKKAN KETIADAAN TEMPAT KERANA PERSAINGAN SEBELUM TERLEWAT.

Penyelaras (29.9.2000)

____________________________________________________________________________________________

A: PERATURAN PELAJAR SEMASA MENJALANI LATIHAN AMALI:

  1. SEMASA MENJALANI LATIHAN PELAJAR DIWAJIBKAN BERPAKAIAN KEMAS.

  2. PELAJAR DIKEHENDAKI MENCARI PENGALAMAN KERJA SEBANYAK MANA YANG BOLEH (SILA RUJUK GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI WAJIB).

  3. PELAJAR DIKEHENDAKI PATUH KEPADA ARAHAN MAJIKAN / PENEYELIA.

  4. MAHIR BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK DALAM BAHASA MALAYSIA / INGGERIS.

  5. TONJOLKAN KOMITMEN, KUALITI DAN DAYA USAHA YANG TINGGI.

  6. MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN RAKAN SETUGAS, BERKEYAKINAN DIRI DAN BERKEMAHIRAN.

  7. PERMOHONAN CUTI SEMASA MENJALANI LATIHAN AMALI MESTI MENDAPAT KELULUSAN TIMBALAN DEKAN DAN MAJIKAN BERKENAAN DAN HANYA DIPERUNTUKAN  UNTUK KES-KES KHAS ATAU KECEMASAN SAHAJA.

  8. SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENERIMA LAWATAN PENILAIAN OLEH PENSYARAH BERTUGAS PADA BILA-BILA MASA SEPANJANG TEMPOH LATIHAN.

B: SILA DAPATKAN PERKARA BERIKUT:

  1. SEBUAH BUKU LOG (BUKU MERAH).

  2. SURAT PERAKUAN PERLINDUNGAN PERUBATAN YANG BERTANDATANGAN TIMBALAN DEKAN.

  3. SURAT DAN BORANG LAPORAN MAJIKAN UNTUK DIISI OLEH MAJIKAN DAN DIPULANGKAN KEPADA PUSAT PENGAJIAN.

  4. MAKLUMAT ARAHAN KEPADA PELAJAR.

 

SEMASA DAN SELEPAS MENJALANI LATIHAN AMALI;

SILA LENGKAPKAN DAN PULANGKAN PERKARA BERIKUT:

  1. PELAJAR-PELAJAR SENI BINA DIKEHENDAKI MENYERAHKAN BUKU LOG (BUKU MERAH) YANG TELAH DIISI DENGAN LENGKAP BERSERTA "PORTFOLIO".

  2. PELAJAR-PELAJAR PENGURUSAN PROJEK DAN UKUR BAHAN DIKEHENDAKI MENYERAHKAN BUKU LOG (BUKU MERAH) YANG TELAH DIISI DENGAN LENGKAP BERSERTA "LAPORAN TEKNIKAL PROJEK" DAN "LAPORAN MINI KAJIAN".

  3. PELAJAR-PELAJAR KEJURUTERAAN BANGUNAN, PERANCANGAN, REKABENTUK DALAMAN, SARJANA PERANCANGAN, SARJANA KEJURUTERAAN BANGUNAN DAN SARJANA SENI BINA LANDSKAP DIKEHENDAKI MENYERAHKAN BUKU LOG (BUKU MERAH) YANG TELAH DIISI BERSERTA "LAPORAN TEKNIKAL".

  4. TARIKH AKHIR PENYERAHAN BUKU LOG DAN LAPORAN KEPADA PUAN SITI FATIMAH TIDAK LEWAT DARIPADA 2 MINGGU SELEPAS PENDAFTARAN SEMESTER 1 SIDANG 2000/2001.

LATIHAN AMALI   UNTUK PELAJAR TAHUN 2 DAN TAHUN 3 SENI BINA AKAN BERMULA PADA 19 MAC 2001 HINGGA 26 MEI 2001 IAITU SELAMA 12 MINGGU.

LATIHAN AMALI   UNTUK PELAJAR MSc PERANCANGAN AKAN BERMULA PADA 19 MAC 2001 HINGGA 26 MEI 2001 IAITU SELAMA 10 MINGGU.

TUJUAN:

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar PBP dengan kerja-kerja praktik yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipilih. Ia melibatkan penempatan 3 kumpulan pelajar:

RUL 273/10 LATIHAN AMALI - syarat pengijazahan:

Semua pelajar tahun 2 PBP  wajib mendaftar kursus ini pada semester II sidang akademik yang berkenaan. Latihan selama 12 minggu (semasa cuti panjang) di agensi-agensi swasta atau awam yang diluluskan oleh pusat pengajian.Semua pelajar tahun 2 PBP  wajib mendaftar kursus ini pada semester II sidang akademik yang berkenaan. Latihan selama 12 minggu (semasa cuti panjang) di agensi-agensi swasta atau awam yang diluluskan oleh pusat pengajian.

LATIHAN AMALI (B.Arch)- syarat kemasukan:

Pelajar-pelajar pengkhususan Seni Bina tahun 3 atau yang setaraf dengannya yang layak / ingin memasuki program B.Arch tahun 4 adalah disyaratkan untuk mengikuti latihan amali di firma-firma arkitek atau jabatan-jabatan arkitek yang diluluskan oleh pusat pengajian selama 12 minggu minimum, sebelum layak diterima masuk.

RUL 572 LATIHAN AMALI (M.Sc PERANCANGAN) - syarat pengijazahan:

Pelajar-pelajar Sarjana Perancangan diwajibkan mendaftar kursus ini pada awal semester II dan dikehendaki menjalani latihan amali di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Ibu Pejabat, Pejabat Negeri-Negeri dan Pejabat Perbandaran / Majlis Tempatan selama 10 minggu (semasa cuti panjang) sebelum dijazahkan.

 

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI WAJIB TAHUN 2

Para pelajar dibenarkan memilih tempat-tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang dan minat masing-masing seperti; Perancangan, Kejuruteraan & Sains Bangunan, Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman, Ukur Bahan dan Pengurusan Binaan.

Setelah tamat latihan, pelajar dikehendaki menyerahkan satu laporan lengkap dan/atau portfolio tentang aspek-aspek yang telah dipelajari meliputi kerja di pejabat dan di tapak binaan.

Berikut ialah garis panduan yang perlu dipenuhi semasa menjalani latihan amali:

1. Pengkhususan Perancangan Bandar dan Wilayah

    a. Proses dan Metodologi Perancangan

Proses merancang, ciri dan bentuk projek perancangan di kawasan baru atau yang sudah dibangunkan

    b. Penyelidikan Tapak dan Kajian Khas

Analisis tapak untuk pemajuan perumahan, industri, perniagaan dan sebagainya. Penyediaan laporan kajian khas.

    c. Penyediaan Pelan Tatatur

Merumuskan batasan sebenar perancangan dari konsep dan menyediakan pelan tatatur untuk pelbagai gunatanah.

    d. Pentadbiran Perancangan

Prosedur permohonan perancangan, pentadbiran dan urusan pejabat perancang, urusan pejabat tanah dan pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan dengan perancangan.

 

2. Pengkhususan Seni Bina

Pelajar perlu memenuhi keperluan secara umum aspek-aspek dan peringkat yang lazimnya terdapat di pejabat arkitek  sepertimana ternyata dalam HELAIAN LOG:PT3 dari PERTUBUHAN ARKITEK MALAYSIA seperti berikut:

    a. Ikhtisar / Brief (Peringkat A & B)

Kajiselidik dan siasatan tapak, penyediaan dan analisis ikhtisar, keperluan klien.

    b. Proses Rekabentuk (Peringkat C, D & E)

Rekabentuk lakar dan skima rekabentuk, persembahan, rekabentuk terperinci, anggaran kos, perunding-perunding terlibat.

    c. Proses Rekabentuk (Peringkat C, D & E)

Persembahan, rekabentuk terperinci, kos, perunding-perunding.

    d. Pihak Berkuasa Awam

Kelulusan perancangan, kelulusan bangunan.

    e. Penerangan Penghasilan (Peringkat F & G)

Lukisan, jadual-jadual, kontraktor kecil & pembekal, perunding-perunding.

Tambahan keperluan untuk pelajar tahun 3 Seni Bina:

Skop (a) hingga (e) adalah sama dengan keperluan tahap tahun 2 tetapi perlu lebih terperinci dan mendalam. Keperluan tambahan adalah seperti berikut:

    f. Kontrak (Peringkat H, I, J, K & L).

Pengurusan kontrak, arahan dan sijil, lawatan dan pengurusan tapak.

    g. Pengurusan Projek dan Kerja-kerja lain.

Perancangan dan pembayaran, surat-menyurat dan laporan, maklumat teknikal.

 

3. Pengkhususan Pegurusan Binaan & Ukur Bahan

    a. Pengurusan Projek / Binaan.

Pengurusan firma, penyediaan tender, pemasaran, aspek pembiayaan, pengurusan kontrak.

Pengurusan tapakbina, penjadualan kerja, pengurusan sumber, kawalan kos, kawalan kualiti, produktiviti.

Keselamatan, mesyuarat tapak, penyediaan laporan kemajuan / teknikal dan sebagainya.

b. Ukur Bahan.

Kajian Kemungkinan: Penyediaan dan penggunaan analisis kos dan rancangan kos, anggaran.

Sebelum Kontrak: Penyediaan dan dokumentasi senarai bahan.

Selepas Kontrak: Penyediaan penilaian ansuran; mesyuarat tapak.

Umum: Amalan ikhtisas firma ukur bahan, pengurusan pejabat.

 

4. Pengkhususan Kejuruteraan dan Sains Bangunan

    a. Kerja-kerja Kejuruteraan Awam.

Bahan binaan (konkrit, kayu, keluli dan sebagainya), rekabentuk campuran konkrit, kawalan kualiti, ujian ke atas tanah, asas, kiub, struktur, dan sebagainaya.

Penyeliaan tapak binaan yang merangkumi penyelidikan tapak, kerja tanah, cerucuk, pembentungan, bekalan air dan infrastruktur jalan.

    b. Perkhidmatan Bangunan.

Kerja-kerja kejuruteraan elektrik dan jentera termasuklah perkhidmatan lif, kebakaran, pendawaian, pendingin udara dan sistem keselamatan tempat kerja.

Kerja-kerja penyelenggaraan bangunan termasuklah perkhidmatan bomba, rekabentuk dan penyeliaan kerja-kerja M&E untuk bangunan rendah dan bangunan tinggi.

    c. Sains Bangunan.

Keselamatan binaan, kawalan, akustik/hingar, faktor manusia, alam sekitar dan kesihatan awam.

5. Pengkhususan Rekabentu Dalaman

    a. Seni Reka Dalaman.

Ruang pejabat, institusi & komersial, 'TV set design', rekabentuk pentas, pameran dan peragaan.

    b. Seni Reka Produk / Perabot.

Komponen bangunan dan kemasan dalam.

c. Seni Reka Grafik.

Organisasi firma / unit Seni Reka atau bidang yang setara dengan disiplin Seni Reka.

Proses pengendalian rekabentuk berdasarkan amalan ikhtisas daripada peringkat idea, konsep hinggalah ke peringkat penghasilan sesuatu rekaan.

Penyediaan kos, spesifikasi, dan laporan rekabentuk.

Kajian teknikal serta penyelidikan berhubung dengan inovasi teknologi di dalam rekaan yang merangkumi aspek idea, teknik dan proses khususnya bahan-bahan kemasan, warna dan pencahayaan. Kaedah atau teknik terkini seperti penggunaan bantuan komputer (CAD/CAM) perlu diterapkan.

Pengurusan rekabentuk penghasilan, pemasaran dan komunikasi.

 

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI WAJIB SARJANA PERANCANGAN

Para pelajar Sarjana Sains Perancangan perlu menjalani latihan amali wajib selama 10 minggu dengan agensi kerajaan atau swasta yang diluluskan oleh pusat pengajian.

Setelah tamat latihan, pelajar dikehendaki menyerahkan dua laporan lengkap tentang aspek-aspek yang telah dipelajari khususnya yang berhubung dengan profession perancangan.

Berikut ialah garis panduan yang perlu dipenuhi semasa menjalani latihan amali:

    a. Proses dan Metodologi Perancangan.

Memahami proses perancangan.  Ciri-ciri dan bentuk projek perancangan di kawasan baru dan kawasan yang sudah dibangunkan.

    b. Penyiasatan dan Analisis Tapak.

Apresiasi dan analisis tapak untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan, industri, perniagaan dan sebagainya.

    c. Analisis Pelan Pembangunan.

Kaedah kutipan, penyusunan dan persembahan data dari kajiselidik perancangan dan kajian-kajian berkaitan.

    d.Proses Penyediaan Pelan Pembangunan.

Kaedah dan peraturan perancangan yang diamalkan.   Kajian-kajian "sectoral" dan kajian khusus.

    e. Pentadbiran Perancangan.

Prosidur permohonan perancangan. Kawalan pembangunan. Pentadbiran dan urusan pejabat perancangan. Urusan pejabat tanah dan pihak berkuasa lain yang berkaitan denagn perancangan.

Memandangkan tempoh latihan amali hanya 10 minggu, pelajar perlu bijaksana dan berperanan secara berkesan untuk menimba seberapa banyak aspek-aspek yang digariskan di atas.

 

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN:

Kaedah Penilaian.

Penilaian untuk latihan amali wajib dibahagikan kepada 3 komponen:

a. Penilaian oleh Majikan         10%

b. Penilaian oleh Pensyarah Pelawat      20%

c. Penilaian oleh Penel Penilai berdasarkan laporan / portfolio dan temuduga / viva 50%

Sekiranya lawatan oleh pensyarah tidak dapat diadakan atas sebab-sebab tertentu, komponen penilaian oleh pensyarah pelawat (20%) akan diserapkan kedalam komponen Penel Penilai.

Pemarkahan.

Kriteria pemarkahan latihan amali wajib ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

Kesempurnaan hasil kerja

Inisiatif

Persembahan laporan

Pengetahuan am tentang tugas-tugas di pejabat

Kefahaman pelajar tentang bidang latihan

Gred

Pelajar-pelajar yang telah tamat menjalani latihan amali akan dinilai dan diberi gred LULUS / GAGAL.

 

JAWATAN KUASA LATIHAN AMALI PBP 1999/2000:

PENGURUSI: Prof.Madya  Dr.Abdul Majid Ismail (Timbalan Dekan 1)

Pn.Fatimah Abu Bakar

SETIAUSAHA:

En. Mohd.Azlan Hashim

SENI BINA:

En.Yeoh Oon Soon

Pn.Wan Mariah Wan Harun

En.Azmi Ludin

PERANCANGAN:

Dr.Hj.Hashim Mat

Dr.Kausar Hj.Ali

REKABENTUK DALAMAN:

Dr.Fauziah Ibrahim

PENGURUSAN BINAAN & UKUR BAHAN:

Prof.Madya.Dr.Abdullah Mahmood

KEJURUTERAAN & SAINS BANGUNAN:

Prof.Madya.Ir.Nik Fuad Nik Abllah

Tn.Hj.Ir.Mustapha Zahariman